Sam Houston
Sam Houston

Sam Houston

Tiana Rogers GentrySamuel Houston (2 Mac, 1793 – 26 Julai, 1863) adalah seorang negarawan, ahli politik dan tentera dari Amerika Syarikat pada kurun ke-19. Beliau telah dilahirkan di Timber Ridge, di utara Lexington, Kaunti Rockbridge, Virginia, di Lembah Shenandoah, Houston adalah seorang tokoh utama di dalam sejarah Texas, termasuk tempoh sebagai Presiden Republik Texas, Senator bagi Texas selepas ia menyertai Amerika Syarikat dan akhirnya sebagai gabenor. Meskipun beliau adalah seorang pemilik hamba dan menentang pemansuhan, beliau enggan menyatakan ketaatan kepada Konfederasi apabila Texas memisahkan daripada Kesatuan disebabkan keyakinan beliau terhadap Kesatuan, yang membawa penamatan kepada jawatan gabenornya. Bagi mengelakkan pertumpahan darah, beliau enggan menerima tawaran sebagai seorang tentera bagi menumpaskan pemberontakkan, dan memilih bersara dan kembali ke Huntsville, Texas, di mana beliau meniggal dunia sebelum tamatnya Perang Saudara.Antara kehidupan awal beliau adalah menggalakan migrasi ke Tennessee, menghabiskan masa dengan Negara Cherokee (di mana beliau kemudian diterima dan berkahwin), berkhidmat sebagai tentera semasa Perang 1812, dan seterusnya penglibatan yang berjaya dalampolitik Tennessee. Houston merupakan satu-satunya rakyat di dalam sejarah A.S. yang berjaya menjadi gabenor bagi dua negeri berbeza (meskipung gabenor-gabenor lain adalah gabenor beberapa koloni Amerika).Pertelagahan dengan ahli-ahli kongres, diikuti dengan perbicaraan berprofil tinggi, membawa beliau ke Texas Mexico, di mana beliau kemudian menjadi seorang pemimpin Revolusi Texas. Beliau akhirnya menyokong pendudukan Texas oleh Amerika Syarikat daripada mencari kemerdekaan dan pengembangan jangka panjang untuk Texas. Kota Houston telah dinamakan sempena nama beliau semasa tempoh ini. Reputasi Houston terus subur sehingga kematian beliau: antara peringatan selepas kematian beliau termasuk muzium peringatan, sebuah pangkalan tentera darat A.S., sebuah hutan negara, sebuah taman bersejarah, sebuah universiti dan patung berdiri bebas terbesar untuk tokoh Amerika.